KUALA
LUMPUR 23 Julai: Sasterawan Negara, Datuk A Samad Said, aktivis
Hishamuddin Rais dan empat lagi Anggota Jawatankuasa Penganjur Bersih
2.0 memohon supaya turut disaman dalam kes saman kerajaan terhadap 10
yang lain dalam jawatankuasa tersebut.
Empat lagi anggota tersebut merupakan Yeo Yang Poh, Ahmad Syukri Che Razab, Subramaniam Pillay dan Liaw Kok Fah.
Pak Samad yang juga Pengerusi Bersama Bersih 2.0, tidak disertakan dalam saman berkenaan.
Kerajaan Persekutuan pada 15 Mei memfailkan saman RM122,000 ke atas
Pengerusi Bersama gabungan NGO itu, Datuk S Ambiga dan 9 anggota
jawatankuasanya atas kerosakan yang berlaku semasa perhimpunan Bersih
3.0.
Seorang daripada 10 defendan yang dinamakan dalam saman tersebut,
Haris Fathillah atau lebih dikenali sebagai aktivis dan penulis blog
Haris Ibrahim, memohon untuk menggugurkan saman tersebut dengan alasan
bahawa beliau bukan penganjur perhimpunan itu.
Mengikut Malaysiakini, Hakim John Louis O’ Hara menetapkan
10 Ogos untuk mendengar permohonan daripada Pak Samad dan lain-lain, dan
tarikh sama untuk sebutan kes saman itu.
Short URL: http://www.keadilandaily.com
No comments:
Post a Comment