sinar harian
13 Julai 2012
JOHOR BAHRU – Polis Johor menahan dua lagi individu, malam kelmarin,
termasuk dipercayai pengurus peribadi kepada pengamal paranormal, Syed
Abdullah Syed Hussein Al-Attas atau dikenali sebagai Uncle Seekers bagi
membantu siasatan kes memfitnah Sultan Johor.
Timbalan Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Negeri, Asisten Komisioner Mohd Akhir Ishak berkata, lelaki dipercayai pengurus pribadi Uncle Seekers, berusia 39 tahun, ditahan bersama seorang wanita, 27, di Wangsa Walk, Seksyen 4, Kuala Lumpur.
“Kedua-dua mereka ditahan sepasukan anggota polis Johor pada jam 9.30 malam, semalam (kelmarin).
“Mereka ditahan bagi membantu siasatan kes Seksyen 8(1)(d) Akta Rahsia Rasmi 1972 yang boleh dikenakan hukuman penjara maksimum tujuh tahun jika sabit kesalahan,” katanya.
Kedua-dua mereka dibawa ke Kompleks Mahkamah Johor Bahru, semalam pada jam 9 pagi, bagi mendapatkan perintah reman dan dibawa keluar kira-kira jam 11 pagi.
Pendaftar Mahkamah Nuriza Mustafa membenarkan lelaki berkenaan ditahan reman sehingga 15 Julai ini manakala wanita yang ditahan bersamanya direman sehari sehingga semalam

No comments:
Post a Comment