Sunday, 1 July 2012
01/07/2012 4:28pm
JOHOR BAHRU — Tiga puluh
individu hari ini membuat laporan polis terhadap pengamal paranormal,
Syed Abdullah Hussein Al-Attas atau lebih dikenali sebagai Uncle
Seekers berhubung penyiaran artikel dalam blognya yang dikatakan
berunsur provokasi, hasutan dan mengaibkan Sultan Johor.
Laporan polis berkenaan dibuat
pada pukul 12.10 tengah hari di Balai Polis Sentral, di sini, bagi
memohon pihak berkuasa menjalankan siasatan terhadap blog
uncleseekers.blogspot.com yang turut berunsur mengaibkan Tunku Mahkota
Johor, pemimpin dan penjawat awam kerajaan Johor.
Wakil kesemua individu
berkenaan, seorang peniaga, Khairil Azlishah Jalil, 32, ketika ditemui
pemberita berkata, pihaknya meminta blog berkenaan ditutup memandangkan
terdapat dokumen-dokumen sulit yang dipaparkan pada blog tersebut.—
BERNAMA
No comments:
Post a Comment