Majlis pernikahan Ella, Ratu Rock Malaysia
Pertama sekali kak-M nak ucapkan
terima kasih kepada teman yang sudi menjemput kami sekeluarga ke majlis
pernikahan Norzila Aminudin atau Ella, ratu Rock Malaysia tu pada
7-7-2012 selepas isyak. Kak-M sekeluarga merasa saya sangat berbesar
hati menerima jemputan ini. Hubby kak-M ke Serembang ada kursus
penerbitan, makan kak-M , SIL dan anak -anak jer yang mengahdiri majlis
ini.
Masa kitaroang sampai ni jam 9.00 malam macam tu, mujur adik ipar kak-M ni cekap jalan-jalan kat Telok Gadong ni, yerlah tempat permainan dia kecik-kecik dulu jadi kami dapat parking dekat jer dengan khemah kenduri. Kak-M memang teruja dengan khemah pengantin ni, lutsinar gitu dan kain organza, sungguh klasik, ekslusif dan menarik sangat
Khemah yang bahgain dalam pagar tu adalah untuk tetamu dari pihak
lelaki. Memang meriah lah majlis yang serba ringkas ini. Dikhabar kan
Ella sepatutnya menikah di masjid tetapi masjid dikampungnya itu masih
dalam pengubahsuaian jadi ibu Ellah mahukan majlis diadakan dirumah
ibunya di Telok Gadong, Klang.
Nak dijadikan cerita, tetiba boleh blackout pula, almaklumlah banyak
sangat kuasa lektrik digunakan, sana sini sinun, overload gitu. Ada
cendol dan ABC juga. Si nuha masam jer sebab tak dapat makan ABC cemana
nak mesin ais bila lektrik tak der kan..heee.
Weh ayam golek lagi. Haahhaha suka Nuha, katanya macam ayam golek yang
tokwan beli tu.Heee, tapi rasanya agak kureng lah sikit. Menu malam ni
adalah ihsan dari Restoran Belanga Seksyen 7 Shah Alam, Datik Zahilah
empunya restoran tu. Best juga lauk pauknya.
Macam nilah keadaannya bila tak der elektrik kan. Memang sepanjang masa
kena bawa gadjet ni. Penyelamat di kala emergency macam ni.heeee
Alhamdulilah, kak-M dapat masuk ke dalam rumah melalui pintu dapur. Inilah bilik pengantin, sweet jer serba ringkas. I like!
Kat sinilah kak-M dan anak-anak lepak sambil sembang-sembang dengan
sedara-sedara Ella. Tapi kami terpaksa bergelar keluar bila Press
Conference nak buat kat ruang ni..Iskkk depa ni sesaja jer kan...
Alhadulillah telah selesai semuanya. Azhar melakukan solat syukur
sejurus selepas akad nikah. Masa ni Ella masih di ruang utama. Azhar
suami Ella ni adalah juruterbang FIrefly.
Inilah ruang tempat Ellah
dinikahkan. Macam taman jer, so sweet. Masa acara akad nikah tu jangan
harap la nak dapat masuk. Penuh dengan wartawan, segala kompany TV semua
ada.
Tatau lah pasukan muzik ni dari mana. Kak-M lepak kat luar rumah sambil
dengar iringan muzik tradisional dimainkan. Sungguh syahdu. Best lah
depa ni. Pastu ada jemputan nyanyi-nyanyi tapi akak tak kenal pun sapa
yang nyanyi. Gambar pun amik dari belakang. Almaklum aku dengan dopk
kelek anak kecik lagi kan. Inilah hasil dari camera cap ayam akak..heee.
Tu dia yang kat luar pagar pun buleh tahan juga ramainya. Masing-masing
tak nak ketinggalan menyasikan majlis pernikahan Ella ni.
Inilah bunga telur buat tetamu. Comel kan!
No comments:
Post a Comment