WASHINGTON - Kita selalu melihat artis menunjukkan bakat mereka di atas
kanvas.
Tetapi, seorang artis, Alexa Meade, 24, menggunakan teknik agak berbeza
kerana menjadikan manusia sebagai kanvas lukisan dalam bentuk tiga
dimensi (3D).
Pengalaman kerja Meade sebelum ini yang banyak terlibat sebagai pelatih
galeri dan dikelilingi ahli politik semasa kempen politik berlangsung
mencetuskan idea baru untuknya menghasilkan hasil seni menggunakan
manusia yang tampak lebih unik.
“Kerja melukis pada tubuh dan wajah manusia ini memerlukan kesabaran
amat tinggi kerana model tidak boleh bergerak sepanjang masa,”
menurutnya.
Hasil kerja Meade didakwa menyamai lukisan Boo Ritson yang pernah
terlibat membuat kulit muka album kedua kumpulan rock Britain, :The
Maccabees:.
No comments:
Post a Comment