Thursday, July 12, 2012

Mayat bertocang

myMetro

PORT DICKSON: “Saya sedang menyiapkan peralatan memancing sebelum terpandang satu objek terapung. Apabila diamati saya terkejut kerana objek itu kepala manusia dengan rambut bertocang,” kata Ramli Mustakim, 39, mengenai mayat seorang lelaki yang ditemui di lombong terbiar di Pengkalan Durian, Linggi, dekat sini, jam 9.30 pagi semalam.
Difahamkan, mangsa Mohd Azizuddin Mohd Tahar, 43, yang juga seorang duda dari Kampung Kuala Sawah, Rantau, dekat sini, tidak pulang selepas keluar dari rumah kakaknya, Nor Ani Kalsom, 56, Ahad lalu sebelum ditemui mati di lombong berkenaan. 
Menurut Ramli, dia memancing di lombong terbiar itu bersama isterinya, Salmiah Hussein, 36, yang ketika itu sedang tidur di dalam kereta sementara menunggunya.

Katanya, ketika meletakkan joran di tepi lombong, matanya terarah ke satu objek terapung lalu mengamatinya.



“Saya seperti nak menjerit meminta tolong, tetapi tiada orang di kawasan itu lalu berlari ke arah pondok keselamatan berhampiran dan meminta pengawal bertugas menghubungi polis mengenai penemuan mayat itu,” katanya yang ditemui di tempat kejadian.

 

No comments:

Post a Comment