Malaysiakini
Menteri
Besar Selangor Tan Sri Khalid Ibrahim berkata Syarikat Bekalan Air
Selangor (SYABAS) beroperasi di bawah keupayaan sebenarnya apabila hanya
mengagihkan sebanyak 4,371 juta liter air sehari pada masa ini.
Sedangkan,
pemegang konsesi air itu mampu mengeluarkan sebanyak 4,807 juta liter
air sehari melalui kesemua 34 lojinya di negeri itu, katanya.
"Kekurangan
agihan SYABAS ini bermaksud SYABAS beroperasi di bawah keupayaan
sebenar," kata Khalid pada sidang media selepas mesyuarat Exco Selangor
di Shah Alam.Mengulas dakwaan oleh kerajaan persekutuan bahawa jumlah rizab simpanan air Selangor pada kadar 2 peratus, Khalid berkata fakta tersebut tidak tepat.
Katanya, rizab kapasiti pengeluaran sebenar pada masa kini ialah sebanyak 11 peratus dan akan meningkat kepada 18 peratus.
No comments:
Post a Comment