Tuesday, July 10, 2012

MB Selangor tegur ADUN Kuala Kubu Bharu, 'Jangan jadi Adun 'rendah akal'

sinar harian
  10 Julai 2012
Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim
Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim
SHAH ALAM - Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim membidas  Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Kuala Kubu Bharu, Wong Koon Mun agar tidak menjadi wakil rakyat yang tidak dapat memperlihatkan ketrampilan sebagai seorang wakil rakyat apabila membangkitkan isu aktiviti curi pasir di Selangor tanpa fakta.

Ketika sesi soal jawab pada sidang Dewan Undangan Negeri (Dun) hari ini, Koon Mun mendakwa kecurian pasir boleh mengakibatkan kejadian tanah runtuh dan jambatan runtuh.

Khalid menjawab Koon Mun secara sinis agar wakil rakyat mestilah mempunyai status tinggi untuk menjadi Adun.

Sejak dua tahun lalu, isu perlombongan pasir menjadi antara bahan perbincangan politik di Selangor yang ditadbir oleh Kerajaan Negeri Pakatan Rakyat (PR).

“Janganlah wujud logik rendah oleh mana-mana wakil rakyat," kata Khalid.

"Kenyataan yang dibuat (oleh Koon Mun) ini jelas menunjukkan yang beliau tidak percaya sama sekali dengan hasil kerja yang dilakukan oleh pegawai daerah dan jurutera daerah yang sentiasa memantau aktivi kecurian pasir ini," ujar Khalid.

Tambah beliau, Koon Mun tidak sewenang-sewenangnya membuat andaian-andaian yang tidak masuk akal.

"Beliau memalukan pegawai daerah. Seolah-olah kakitangan awam tidak membuat sebarang kerja-kerja pemantauan," tambahnya.

Kenyataan Khalid turut mendapat sokongan oleh Adun Seri Muda, Mat Shuhaimi Shafie yang menyatakan Wong cuba menidakkan tugas pegawai daerah.

Wakil rakyat Seri Muda itu baru-baru ini disiasat oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) tetapi disahkan bersih daripada sebarang kesalahan.

No comments:

Post a Comment