Harakahdaily
| , | 15 Jul 2012 |
Sehubungan itu, AJK PAS Pusat, Idris Ahmad mengucapkan tahniah kepada
peserta Himpunan Oren dan Gerakan Selamat Felda (GSF) semalam yang
berjaya menyerahkan memorandum membantah penyenaraian FGVH ke Bursa
Malaysia kepada Yang di-Pertuan Agong.
Beliau juga mengucapkan tahniah kepada Ketua Polis Daerah
Brickfields Asisten Superitendan Wan Abdul Bari Wan Abdul Khalid yang
bertugas secara profesional.
Tambahnya, berbeza dengan tindakan polis yang tidak profesional pada
Bersih 3.0 menyebabkan kerajaan membelanjakan RM1.8 juta.
“Wang negara hangus sebanyak RM1.8 juta ketika tindakan polis kepada
peserta Bersih 3.0 yang tidak profesional,” katanya dalam satu
kenyataan.
Katanya, Bersih 1.0 juga berakhir dengan aman kerana tanpa provokasi.
No comments:
Post a Comment