Thursday, July 19, 2012

Panas: Dua "Kakitangan Lynas" Meninggal Dunia Akibat Terkena Bahan Kimia Kilang Itu Hari Ini ?




KUANTAN, 19 Julai - Berita panas yang baru kami terima daripada beberapa orang sahabat dan pembaca setia Pahang Daily Online (PDO) yang bertugas di kilang memproses Rare Earth milik Lynas Corporations dari Australia mengatakan terdapat dua orang pekerja kilang tersebut dipercayai "meninggal dunia" di kilang itu hari ini. Menurut sumber, kedua-dua pekerja terbabit adalah berasal dari Sabah dan mereka dipercayai meninggal akibat terhidu bahan kimia yang terdapat di kilang tersebut hari ini. Walau bagaimana pun pihak Lynas terpaksa merahsiakan info ini untuk mengelakkan mereka mendapat malu selepas dua hari lalu portal Free Malaysia Today (FMT) baru saja memohon maaf atas banyak artikel mereka tentang kilang terbabit. Difahamkan, pekerja yang lain telah menguji tahap keselamatan kilang itu selepas insiden ini dengan meletakkan seekor "anjing" sebagai bahan ujikaji. Hasilnya, binatang terbabit juga dipercayai telah mati akibat masalah yang sama. Tahun lalu, seorang pekerja Lynas mati di biliknya dekat Hotel Hyatt gara-gara kes yang sama agaknya. Awal Februari lalu kontraktor utamanya dari Belanda iaitu firma AkzoNobel menarik diri dari projek tersebut. AkzoNobel membekalkan resin penting yang berfungsi sebagai pelekat untuk puluhan liners fiberglass bagi tangki berdinding konkrit yang boleh menahan haba dan kakisan. Mereka tarik diri kerana tidak yakin dengan risiko keselamatan kilang terbabit. Makanya, kenapa ada pihak yang masih lagi beriya-iya benar mahu mengatakan Lynas selamat?. Pihak kami sedang menjalankan siasatan yang rapi untuk mengesahkan maklumat dalaman ini. Jika ia benar, maka insiden ini merupakan kematian kedua selepas kes pertama dulu. Pihak Lynas juga digesa agar tidak menyembunyikan maklumat ini demi keselamatan seluruh rakyat Kuantan ini hendaknya.

[Laporan seterusnya menyusul dan PDO sedang menghubungi beberapa orang pegawai Lynas yang mempunyai hubungan erat dengan krew-krew kami di Kuantan. Apapun, semua pihak tidak perlu panik kerana laporan ini masih belum disahkan sepenuhnya. Tidak perlu ada pihak yang mempertikaikan laporan ini kerana ia diperolehi daripada sumber dalaman yang boleh dipercayai. Apapun, diharapkan agar ianya tidak benar kerana jika terbukti sah sudah pastilah rakyat Kuantan akan terus bangun memberontak dan mendesak kilang itu ditutup dengan segera. Bayangkan, belum pun beroperasi sepenuhnya sudah ada kematian demi kematian yang berlaku terhadap kilang memproses rare earth yang mendapat bantahan majoriti rakyat Kuantan itu sebenarnya. Tunggu informasi lanjut]
SUMBER

No comments:

Post a Comment