21 Julai 2012
SHAH ALAM - Kerajaan Negeri akan mengemukan cadangan pemecatan
Pengerusi Eksekutif dan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Syarikat Bekalan
Air Selangor (Syabas) kepada Lembaga Pengarah syarikat itu.
Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata, cadangan dibuat selepas mereka tidak hadir memberi penjelasan kepada Jawatankuasa Pemantauan Syabas.
"Dengan pemecatan ini, penjimatan kos operasi dari gaji Pengerusi Eksekutif Syabas sahaja adalah berjumlah sekurangkurangnya RM5.1 juta setahun.

"Kerajaan Selangor bersedia membelanjakan peruntukan bagi membina loji
rawatan air baru untuk meningkat kapasiti pengeluaran air terawat dan
dengan serta merta akan memanggil tender untuk Projek Mitigasi 2 yang
berjumlah RM225 juta," katanya dalam satu kenyataan, semalam.
Jawatankuasa Pemantauan Syabas dipengerusikan Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Mohamad Khusrin Munawi ditubuhkan lanjutan daripada kenyataan dan cadangan Syabas untuk membuat catuan air.
Abdul Khalid berkata, cadangan tersebut adalah susulan hasil penelitian dan penyiasatan tiga hari yang dibuat oleh jawatankuasa itu .

No comments:
Post a Comment