Tuesday, July 3, 2012

Pelik ! Ikan Bernang Dalam Tubuh Kanak-kanak

555247_244197725698893_1140970233_n.jpg

Aneh, dalam tubuh budak berumur 12 tahun dari Madya Pradesh, India ini, seekor ikan bermain-main didalam rongga paru-paru tubuhnya.

Khabarnya, seperti dilansir Huffington, Isnin (2/7/2012), Pradesh semula menelan ikan itu sebagai makanan. Namun anehnya, ikan tersebut bukanya masuk kedalam lambung perut, malah bersarang kedalam paru-paru si kanak-kanak  sehingga menjadi heboh.

Ya, heboh setelah Pradesh merasakan nafasnya seperti sesak dan ada yang bergerak-gerak dalam dadanya. Dia pun dilarikan ke rumah sakit setempat. Ketika di scan, ramai orang termasuk doktor menjadi panik mendapati ada makhluk hidup dalam tubuh Pradesh.

Setelah dilakukan pembedahan selama hampir 1 jam, akhirnya ikan misteri itu berhasil dikeluarkan dari tubuh Pradesh.

Dr. pramod Jhawar, ketua tim doktor operasi menyebutkan 20 tahun dirinya berkecimpung didunia kedoktoran, baru kali ini menjumpai kes aneh seekor ikan masuk dan hidup dalam paru-paru kanak-kanak  hingga membuat orang-orang yang melihat terheran-heran.

Jhawar menduga, berkurangnya suplai oksigen bagi kanak-kanak itu kerana sebahagian disedut juga oleh si ikan, sehingga membuat Pradesh menderita sesak nafas. (H)

Lihat Videonya di Youtube
sumber
osseram

No comments:

Post a Comment