(Foto: Orange)
Seorang pencuri di Amerika Syarikat gagal melancarkan aksinya.
Kegagalan itu terjadi kerana dia tersepit dibawah pintu hampir
selama sembilan jam lamanya.
Lelaki berusia 53 tahun itu dilaporkan tersepit dibawah pintu ketika
berusaha memecah masuk sebuah kedai di Brockton, Massachusetts, AS.
“Ketika berusaha membuka pintu kedai, penyangga besi tiba-tiba saja
terlepas sehingga pintu pun jatuh dengan mudah. Kepala lelaki itu pun
tersepit menghadap lantai,” tulis Suratkhabar Enterprise, yang
dikutip Orange, Jumaat, (30/6/2012).
Lelaki itu akhirnya terperangkap selama sembilan jam dan tidak dapat melakukan
apapun kerana pintu itu sangat berat. Pengurus kedai, John Rodriguez
mengatakan, dia terkejut menemukan seorang lelaki dengan kepala tersepit
pintu pada pagi hari setibanya ia di kedai.
“Saya ingin masuk ke kedai, namun tiba-tiba saja saya menemui sosok lelaki tu disana,” ujar Rodriguez .
Rodriguez menambahkan, ketika dia bertanya pada lelaki itu apa yang sedang
dilakukannya tiba-tiba saja lelaki itu mengaku ia sedang memperbaiki pintu
yang rosak.
Namun, Rodriguez yang tidak percaya dengan pernyataan lelaki itu dan
terus menghubungi polis untuk melaporkan kejadian tersebut. Sebelum
dibawa untuk ditahan, lelaki itu sempat dihantar ke rumah sakit untuk
mendapat pemeriksaan terkait kondisi leher dan kepalanya.
* Sumber palingseru.com

No comments:
Post a Comment