Mencari keseronokan dengan
membahayakan nyawa sendiri?
Itulah yang dilakukan oleh ribuan
manusia dari serata dunia apabila dikejar oleh enam ekor lembu jantan
di utara Sepanyol.
Acara larian lembu jantan ini
merupakan satu daripada acara sambutan Festival San Fermin yang diadakan
setiap tahun di bandar Pamplona, Sepanyol. Peserta yang berpakaian
tradisi acara, iaitu serba putih dan seledang merah di leher mereka lari
lintang-pukang dikejar lembu jantan yang amat agresif. Ketika inilah
ada yang tersadung lalu terjatuh sebelum dirempuh oleh peserta lain atau
lebih malang dirodok atau disondol oleh lembu jantan.
Larian Lembu San Fermin San
menjadi terkenal di seluruh dunia dengan terbitnya novel Ernest
Hemingway, The Sun Also Rises pada tahun 1926. Pesta ini juga
terkenal dengan parti liar jalanan sepanjang malam. Apabila menyentuh
soal berparti sepanjang malam, sudah tentu hal itu melibatkan seks
bebas, mabuk, dan sebagainya.
Ingin tahu tentang pesta ini
dengan lebih lanjut? Tanya google.






















sumber : DUNIACACAMARBA

No comments:
Post a Comment