Saturday, July 21, 2012

Ronaldo kata "Percayalah Saya Romantik"

 Okezone
Sabtu, 21 Julai  2012
Cristiano Ronaldo. (Foto: Getty Images)
Cristiano Ronaldo. (Foto: Getty Images)
MADRID – Siapa yang menyangka bahawa di balik kejayaannya di lapangan bolasepak dan kehebatannya menggaet sejumlah wanita cantik, mega bintang Real Madrid Cristiano Ronaldo justru dinilai tidak romantik. Hal inilah yang membuatnya sedih, dan berusaha menepis anggapan tersebut.

“Saya selalu mencuba untuk menjadi seorang yang romantik. Namun, tak ada satu pun yang mempercayainya,” ucap pemain dengan gelaran  CR7.

Status playboy yang disematkan kepada mantan punggawa Setan Merah itu tak lain kerana dia kerap terlihat kerap ganti pasangan. Namun, pemain 27 tahun itu tampaknya telah melabuhkan hatinya untuk model cantik dari Rusia, Irina Shayk.

Ya, Ronaldo sang don juan yang pernah dikhabarkan dekat dengan sejumlah model kenamaan dunia, bahkan selebriti Holywood Paris Hilton akhirnya takluk di tangan Irina yang usianya setahun lebih muda darinya. Ia mengungkapkan bahawa Irina merupakan sosok gadis yang tepat untuknya.

Statement Ronaldo tersebut bukan sebatas bualan. Ia menyatakan bahawa dia selalu mengedepankan kejujuran hati seseorang, sebab baginya hal itu merupakan faktor penting dalam membina suatu hubungan.

“Ketika pertama saya bertemu dengan seorang wanita yang saya lihat adalah hatinya. Kerana bagi saya hati merupakan atribut yang paling berharga,” Ronaldo menambahkan, seperti dilansir Goal, Sabtu (21/7/2012).

Ronaldo yang telah dikurniai seorang putera pada 2010 lalu, dari seorang wanita yang hingga kini masih dirahsiakan statusnya mengungkapkan bahawa puteranya merupakan harta terpenting dalam hidupnya.

“Saya sangat menyayangi anak saya. Dia memiliki rambut yang sama seperti saya, keriting. Dia tertidur dan bangun dalam dekapan saya. Dia akan selalu berada di samping saya sampai bilapun,” Ronaldo mengakhiri.
(fit)

No comments:

Post a Comment