JOHOR BAHRU: Adik kepada
seorang penyanyi wanita popular dijatuhi hukuman penjara tujuh tahun
oleh Mahkamah Sesyen di sini hari ini selepas didapati bersalah menyamun
seorang wanita rakyat Singapura, awal tahun ini.
Hakim Zamri Bakar
memerintahkan Mohd Faizal Abu Hasan, 29, yang bekerja sebagai pembantu
kedai makan menjalani hukuman berkenaan bermula dari tarikh dia
ditangkap, 15 Mac lepas.
Mohd Faizal yang
berasal dari Kampung Melayu, Gelang Patah, di sini, didakwa melakukan
samun dengan merampas beg tangan milik warga Singapura, Rohana Jamal,
30, di hadapan masjid, Taman Tampoi Indah, Tampoi, di sini, kira-kira
1.15 tengah hari, 23 Januari lepas.
Dia yang sudah
bercerai dan memiliki seorang anak perempuan berumur tiga tahun didakwa
melakukan kesalahan itu mengikut Seksyen 392 Kanun Keseksaan yang
membawa hukuman penjara maksimum 14 tahun dan boleh didenda atau
disebat.
Terdahulu, peguam
Syed Ahmad Sadik Syed Ahmad Kabeer yang mewakili Mohd Faizal memohon
mahkamah untuk menangguhan pelaksanaan hukuman berkenaan, bagaimanapun
ditolak oleh Hakim Zamri.
Timbalan Pendakwa
Raya Dzul Iswari Mohd Jaafar pula memohon mahkamah mengenakan hukuman
berat ke atas tertuduh kerana melibatkan kepentingan awam memandangkan
jenayah berkenaan kerap berlaku pada masa kini.
-Bernama-
No comments:
Post a Comment