AnakSgDerhaka
Sehingga kini masih tiada
jawapan apakah sebabnya Kerajaan Malaysia yang dikuasai UMNO/BN
membenarkan pembinaan Gereja terbesar di Asia Tenggara dan tercanggih di
dunia di Negara ini.
Meskipun agama
Kristian bukanlah agama rasmi Negara Islam Malaysia dan jumlah penganut
agama tersebut adalah lebih kecil jika dibandingkan dengan Negara jiran
Indonesia dan Filipina Negara kita punya Gereja yang terbesar di Asia
Tenggara.
Gereja yang
dinamakan Calvary Convention Centre (CCC) merupakan gereja yang terbesar
dan tercanggih di Asia Tenggara terletak bersebelahan Bukit Jalil Golf
&Country Club berhadapan Anjung Hijau Kondominium.
Kos keseluruhan
pembinaannya menelan belanja sekitar RM135 Juta ini termasuk harga tanah
yang terpaksa dibayar.
Bangunan setinggi 6
tingkat yang punya keluasan 600,000 kaki persegi ini mampu memuatkan
5,000 orang dalam satu-satu masa.
Pembinaan gereja
terbesar dan canggih ini bermula pada 15 February 2008 apabila tapak
pembinaan gereja ini diserahkan secara rasmi kepada Nam Fatt
Construction Sdn. Bhd untuk direalisasikan pembinaanny.
Bukan mahu
mempertikaikan kebebasan berugama yang dibenarkan dinegara ini..
Pihak manakah yang membenarkan
pembinaan ini? Adakah DAP yang memberikan kelulusan untuk pembinaannya?
Ialah.. kan suatu
masa lalu Lidah Rasmi UMNO pernah menyebarkan satu fitnah kononnya DAP
mahu menjadikan Kristian sebagai agama rasmi Negara ini..
Berikut adalah beberapa
keping gambar yang menunjukkan progress pembinaan Gereja terbesar di
Asia Tenggara yang kelulusan pembinaannya diberikan oleh DAP yang
dirakam sekitar April lalu ...
Dah nak siap dah...
Persoalan tentang
gereja terbesar didunia masih belum terjawab, e-mail yang di terima dari
seorang warganegera Malaysia yang telah lama bermaustatin diluar negara
menimbulkan satu lagi persoalan…
Sila sambung bacaan anda di SINI
No comments:
Post a Comment