Wednesday, July 4, 2012

SSM datang semula siasat kewangan Suaram


  • Hazlan Zakaria
  • Malaysiakini Jul 4 2012
Pegawai Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) datang semula ke pejabat pertubuhan hak asasi manusia, Suaram petang tadi untuk menyiasat maklumat kewangan berhubung NGO yang didaftarkan sebagai entiti korporat NGO itu.

Menurut Twitter NGO berkenaan, SSM meminta perkara berikut:(1) Dokumen Kewangan bagi tahun 2008-2011;

(2) Dokumen sokongan berkaitan perolehan dan pendapatan lain termasuk penyata bank tahun 2008-2011;

(3) Dokumen sokongan berkaitan perbelanjaan syarikat bagi tahun kewangan 2008-2011;

(4) Senarai terperinci perbelanjaan pentadbiran bagi tahun kewangan 2008-2011; dan

(5) Maklumat terperinci mengenai aktiviti syarikat bagi tahun kewangan 2008-2011.

NONEPegawai SSM menyerahkan tiga notis, masing-masing kepada Suara Inisiatif Sdn Bhd (badan korporat Suaram) dan dua orang pengarahnya.

Ia dikeluarkan mengikut Seksyen 7(b) (2) Akta Syarikat 1965 yang memerlukan pegawai Suaram mengemukakan dokumen-dokumen tersebut ke pejabat SSM di KL Sentral pada hari Isnin minggu depan.

Pemeriksaan itu dibuat selepas beberapa NGO pro-BN tampil mempersoalkan mengapa Suaram, sebuah NGO hak asasi manusia, didaftarkan sebagai sebuah entiti korporat dengan SSM.

Mereka juga mempersoalkan hampir RM1 juta yang dicatatkan sebagai pendapatan syarikat itu dari 2008 hingga 2011.

No comments:

Post a Comment