Sunday, July 22, 2012

Thai pohon buka semula laluan Pasir Mas Golok


(Tuan Guru Nik Aziz menyambut kedatangan Consul General baru Thailand di pejabatnya)

KOTA BHARU: Konsul General Thai, Jackrid Kanjanasoon memohon kerajaan Kelantan pimpinan Menteri Besar Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, mencadangkan kerajaan Pusat membuka semula laluan keretapi melalui Pasir Mas ke Golok, Thailand.

Menurutnya, laluan itu penting bagi meningkatkan lagi tahap ekonomi antara Kelantan dan Selatai Thai melalui perniagaan.

Beliau berkata demikian sewaktu berkunjung menemui Tuan Guru sempena perlantikannya sebagai Konsul Geral Thai yang baru bagi menggantikan Surapon Petch-Vra baru-baru ini.

Katanya, pembatalan laluan keretapi antara Pasir Mas ke Thailand sebagaimana yang pernah berlaku sebelum ini merugikan masyarakat kedua-dua belah pihak.

“Saya berharap kerajaan negeri mengusulkan pada kerajaan Pusat supaya membuka semula laluan itu, banyak hasil mahsul dari sana dipasarkan di sini,”ujarnya.

Pada masa yang sama beliau meminta hubungan erat antara Kelantan dan Thailand dapat dipereratkan sebagaimana hubungan yang sama dengan kerajaan Pusat.

Tuan Guru ketika mengulas hasrat konsul thai yang baru itu  berkata Islam sejak awal lagi mengajar penganutnya supaya menghormati orang lain, walaupun bukan Islam.

“Kami khususnya pejuang Islam tidak pernah membiarkan golongan bukan Islam tanpa dibantu, malah masyarakat pelbagai kaum di negeri ini sama ada Siam, Cina, India mendapat layanan yang sama juga,”ujarnya.

No comments:

Post a Comment