Nusajayakini.com
PULAI: Keputusan Dato'
Thamrin Tun Ghafar Baba untuk berceramah di pentas Pakatan Rakyat
mengundang resah dikalangan pemimpin dan ahli-ahli UMNO sehingga
menyebabkan beliau ditelefon oleh individu yang tidak dikenali. individu
tersebut telah mengugut beliau agar menghentikan segala bentuk ceramah
di pentas Pakatan Rakyat.
"Saya ini masih lagi ahli UMNO.
Saya dihubungi oleh orang UMNO yang tidak senang saya bersama tuan-tuan
pada hari ini di pentas Pakatan Rakyat. Mereka minta saya hentikan
segera program-program ceramah di pentas Pakatan Rakyat. Jika saya
enggan, saya turut akan menjadi sebahagian daripada individu yang akan
diserang seperti mana Datuk Seri Anwar Ibrahim dan pemimpin Pakatan
Rakyat yang lain"
"Saya tidak gentar
dengan ugutan mereka. Saya sekarang ini berasa sangat selesa bercermah
di pentas Pakatan Rakyat. Saya tidak akan berselindung lagi dalam
menyatakan kebenaran dan membongkar segala salah laku yang berlaku di
dalam UMNO" jelas beliau lagi yang merupakan anak kepada Bekas Timbalan
Perdana Menteri Malaysia iaitu Tun Ghafar Baba dan juga pernah memegang
jawatan sebagai Exco Pemuda UMNO Malaysia.
Dato' Thamrin Tun
Ghafar juga menyatakan bahawa beliau juga sudah lama tidak mengundi UMNO
dan mengajak rakyat Johor utnuk tidak lagi menyokong UMNO sebaliknya
memberikan sokongan kepada Pakatan Rakyat.
"Sudah lama saya
tidak undi UMNO ini. Saya harap tuan-tuan juga jangan undi UMNO dan
berikan undi kepada Pakatan Rakyat. Saya juga tidak pernah gentar jika
saya dipecat dari UMNO" ujar belaiu lagi semasa majlis bersama anak-anak
negeri Kelantan di PPR Kempas.
KERENGGA

No comments:
Post a Comment