Harakahdaily
Riduan Mohd Nor, | 10 Jul 2012 |
Dewan
Pemuda PAS Malaysia (DPPM) menyelar tindakan Utusan Malaysia yang
menyiarkan laporan fitnah mendakwa DAP akan bertanding di 90 buah kerusi
Parlimen dalam PRU ke 13 nanti.
Bagi DPPM, penyiaran berita seperti adalah berniat jahat bagi
menimbulkan keresahan di kalangan pengundi Melayu terhadap Pakatan
Rakyat.
DPPM menganggap Utusan Malaysia adalah akhbar paling tidak beretika
di negara ini kerana sanggup menyiarkan berita pembohongan dan fitnah
terhadap Pakatan Rakyat.
Dasar ‘ampu’ atau bodek keterlaluan Utusan Malaysia terhadap
pemerintah menjadikannya hilang integriti sehingga sanggup menyiarkan
apa sahaja berita memburukkan Pakatan Rakyat meskipun ia layak
‘dibakulsampahkan’ untuk menyenangkan pihak tertentu.
DPPM hairan dari mana Utusan Malaysia mendapat khabar angin seperti
ini.
Maklumat mereka seperti terperinci lebih dari pemimpin Pakatan Rakyat
sendiri yang hadir dalam mesyuarat tertutup. Seolah-olah, mereka
mempunyai maklumat penuh setiap pergerakan dan hasil keputusan mesyuarat
peringkat tertinggi Pakatan Rakyat, walhal maklumat yang disiarkan itu
hanyalah fitnah dan pembohongan semata-mata.
DPPM ingin menegaskan, bahawa DAP hanya bertanding tidak lebih dari
60 buah kerusi Parlimen daripada keseluruhannya 222 buah, atau lebih
tepat lagi 40 buah kerusi Parlimen di negara ini. Kerusi-kerusi inilah
yang mempunyai majoriti pengundi Cina di negara ini.
Bagaimana mungkin DAP boleh bertanding di kerusi majoriti Melayu
selebihnya? Sudah tentu fakta yang dikemukakan oleh Utusan Malaysia jauh
bercanggah dari kebenarannya.
Justeru, DPPM meminta Ketua Pengarang, kumpulan editor dan pihak
berkepentingan dalam Utusan Malaysia agar segera insaf dari terus
melakukan pembohongan.
Rakyat semakin benci dengan penipuan yang tidak bermaruah dan politik
fitnah seperti ini.
Zaman ini rakyat semakin celik maklumat dan cerdik dalam menilai
sesuatu. Rakyat tidak sesekali terpengaruh dengan dakyah liar yang
ditaburkan bagi mengabui pemikiran mereka.
Jangan sampai Utusan Malaysia menjadi bankrap disebabkan etika
pemberitaan yang jahat dan jangan sampai pula Umno BN kalah teruk dalam
PRU ke-13 disebabkan penolakan rakyat terhadap mereka ekoran berita
mengarut seperti ini!
No comments:
Post a Comment