SYDNEY - Seorang wanita
yang dilahirkan tanpa tangan dan kaki selepas ibunya mengambil ubat
thalidomide semasa hamil berjaya memenangi satu penyelesaian di Mahkamah
Tinggi di sini melibatkan ganti rugi berjumlah berjuta-juta dolar
daripada pengedar ubat itu dari Britain.
Wanita itu, Lynette Rowe,
50, dari Melbourne mendakwa keadaan yang menimpa dirinya disebabkan
ibunya mengambil ubat thalidomide.
Thalidomide diberikan
kepada wanita hamil pada tahun 1950-an dan 1960-an sebagai rawatan untuk
sakit pada waktu pagi.
Namun, ubat tersebut
kemudian ditarik balik daripada pasaran pada tahun 1961 kerana ia
didapati menyebabkan kecacatan pada bayi.
Ubat tersebut menyebabkan
ribuan bayi di seluruh dunia mengalami kecacatan.
Rowe membuat tuntutan
undang-undang itu terhadap tiga pihak iaitu pembuat ubat dari Jerman,
Grunenthal, syarikat Distillers Ltd., dari Britain yang menjual ubat
tersebut di Australia dan Diageo Scotland Ltd.
Diageo Scotland Ltd.
mempunyai aset dalam syarikat Distillers.
Peguam Rowe, Peter Gordon
menyatakan anak guamnya itu telah mencapai penyelesaian dengan Diageo
dan Distillers.
Syarikat Grunenthal
enggan mencapai penyelesaian dalam kes tersebut.
"Jumlah penyelesaian
masih rahsia tetapi saya boleh menyatakan ia mencukupi buat Rowe untuk
seumur hidupnya," kata Gordon. - Agensi
No comments:
Post a Comment