Seorang ibu mendedahkan bagaimana 20
doktor menafikan anaknya menghidap barah dengan hanya menyifatkannya
sebagai tanda lahir sehingga ia membesar seperti sebiji anggur.
Yvonne Bull, 32, berkata, dia
diberitahu supaya tidak bimbang apabila anaknya, Isabel dilahirkan
dengan tanda ungu pada bahagian kiri mukanya.
Tetapi si kecil itu terpaksa menjalani kemoterapi kerana tanda itu yang akhirnya disahkan ketumbuhan dan membesar dalam masa sebulan hingga menutup telinga kirinya.
Isabel yang sekarang berusia
empat bulan, menjalani pemulihan setelah kehilangan telinga kiri
berkenaan selepas doktor menjalankan pembedahan membuang ketumbuhan
itu.
Yvonne, jururawat di Sturminster Marshall, Dorset berkata, doktor sebelum ini memberitahunya, tanda ungu itu yang asalnya bersaiz bola golf, hanyalah tanda lahir ‘strawberi.’
Apabila ia semakin membesar dan
berdarah, Yvonne berulang kali membawa Isabel ke hospital tetapi
doktor hanya memberi ubat untuk mengecutkan tanda lahir itu.
Selepas beberapa kali ulang- alik, Isabel akhirnya dirujuk ke Hospital Great Ormond Street di London dan ujian mendapati dia menghidap ketumbuhan sarkoma, sesuatu yang jarang berlaku.
Yvonne,
ibu empat anak berkata, Isabel berdepan dengan masa depan yang tidak
menentu kerana barah itu berkemungkinan kembali.[sumber]

No comments:
Post a Comment