Merujuk
kenyataan Ketua Polis Negara Tan Sri Ismail Omar mengenai
‘Himpunan Janji BERSIH’ malam sambutan tahun baru.
‘Himpunan Janji BERSIH’ malam sambutan tahun baru.
Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) selaku salah sebuah NGO yang
sama mengajak rakyat turun ke Dataran Merdeka mengira detik ulang tahun
kemerdekaan negara dengan ‘mood’ menuntut 8 tuntutan BERSIH ditunaikan
menegaskan bahawa:
- Setuju sambutan kemerdekaan jangan dipolitikkan tetapi sedarkah
Ismail bahawa sememangnya sudah lama sambutan kemerdekaan negara
dipolitikkan.
Setuju sambutan ulang tahun kemerdekaan seharusnya meraikan sejarah kemerdekaan negara agar tidak dilupai oleh ganerasi sekarang dan akan datang. Selama ini sambutan kemerdekaan hanya mengenengahkan 5 – 6 sahaja tokoh kemerdekaan negara yang terdiri dari Presiden Umno sahaja.
Ya, Tunku Abdul Rahman terlibat dengan ulangtahun kemerdekaan negara
tetapi apa kena mengena usaha memerdekakan negara dengan baki Presiden
Umno selepas itu ?
- Sambutan ulang tahun kemerdekaan memang sudah lama ditunggang oleh
Umno BN demi kepentingan politik mereka tetapi tahun ini terlalu
melampau kerana tema hari kebangsaan itu sendiri terus disalin tampal
(copy paste) dari tema yang digunakan dalam jelajah BN iaitu Janji
DiTepati.
Lagu tema yang digunakan pula jelas telah digunakan dalam program Bn
bagi menghentam seteru politiknya kemudian diubah sedikit sahaja lirik,
bukan sahaja liriknya tiada langsung ciri-ciri kemerdekaan malah ada
sumber yang mengatakan ia disadur dari lagu keagamaan dari negara jiran.
Sambutan kemerdekaan tahun ini lebih parah lagi dengan kemunculan
logo kemerdekaan yang ‘buruk’ dan kemudian ditarik balik oleh menteri
dengan mengatakan kita tidak punya logo rasmi. Jika Ismail menegaskan
menolak sentimen politik maka Ismail seharusnya menegur regim penguasa
terlebih dahulu.
- Acara Janji BERSIH tersebut bukan
anjuran jawatankuasa Pemandu BERSIH tetapi ialah inisatif 26 pertubuhan
bukan kerajaan yang melihat betapa kesempatan menyambut ulang tahun
kemerdekaan negara harus juga dimunculkan desakan mengembalikan hak
rakyat untuk punya proses pilihanraya bebas dan adil.
- Untuk pengetahuan Ismail, kemerdekaan negara bukan setakat punya
garis sempadan negara yang dijaga oleh anggota keselamatan sendiri.
Kemerdekaan ialah berkenaan kebebasan dan jaminan hak warga dalam negara
itu dan antara yang paling asas ialah untuk punya hak menentukan/
memilih siapa untuk mentadbir negara.
Maka jelas urusan menuntut untuk punya proses pilihanraya bebas dan
adil bukan urusan politik kepartian sebaliknya ia urusan patriotik yang
perlu diusahakan semua pihak.
Selaku pihak yang menyelia keselamatan dalam negara PDRM juga harus
mendokong usaha ini lebih – lebih lagi antara hak yang paling banyak
dicabul ialah hak pengundi pos yang selama ini kertas undi mereka
ditandakan oleh orang lain.
- Acara malam tersebut yang dipanggil #JanjiBERSIH bukan acara
berasingan atau acara lain, tetapi ia adalah acara mengajak seramai
mungkin rakyat sama mengira detik kemerdekaan negara yang ke 55,
meraikan dengan penuh semangat cintakan tanah air dengan memunculkan
mood BERSIH, mendesak 8 tuntutan ditunaikan dengan berkostum serba
kuning.
- Tidak akan ada sebarang kekecohan sebaliknya program mengira detik
kemerdekaan kali ini pasti akan lebih meriah dan ramai serta lebih
terarah bukan sekadar bersifat hiburan semata – mata.
- Jangan juga terpadaya dengan tindakan ‘ketakutan diri melampau’
paranoid seperti Menteri Dalam Negeri yang pernah mengharamkan BERSIH
dan baju kuning itu haram yang kemudian diputuskan oleh Mahkamah bahawa
tindakan menteri itu salah.
SAMM juga simpati dengan polis yang
diperalat ketika itu untuk memburu baju kuning seperti mengesan dadah
dan senjata berbahaya. Maka SAMM meminta Ismail untuk tenang dan jangan
termakan sangat dengan propaganda parti penguasa regim ini.
- SAMM mengajak semua rakyat tak kira latar belakang untuk sama
meraikan sambutan mengira detik menjelang ulang tahun kemerekaan negara
dengan serba kuning.
Sekian
che’GuBard
Ketua Penyelaras
Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM)
www.anakmudamalaysia.com
Short URL: http://www.keadilandaily.com
Ketua Penyelaras
Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM)
www.anakmudamalaysia.com
No comments:
Post a Comment