Monday, August 27, 2012

Air percuma: Pas Selangor sangkal pandangan profesor UiTM

Wartawan Sinar Harian
27 Ogos 2012
SHAH ALAM - Pas Selangor menyangkal pandangan seorang ahli akademik institusi pengajian tinggi awam tempatan yang mengatakan dasar Kerajaan Negeri Selangor memberi bekalan air percuma sejak empat tahun lepas sebagai langkah tidak bijak dan bukan bersifat lestari.

Setiausahanya, Mohd Khairuddin Othman berkata, kenyataan yang dibuat oleh Prof Dr Suhaimi Abu Talib dari Universiti Teknologi Mara (UiTM) jelas memperlihatkan sikap sebenar Umno dan Barisan Nasional (BN) yang tidak senang dengan dasar yang dilaksanakan oleh kerajaan Pakatan Rakyat (PR).

"

Kenyataan yang dibuat itu menunjukkan bahawa profesor berkenaan tidak mengikuti perkembangam yang berlaku dalam negeri Selangor.

"Pandangan Dr Suhaimi sangat tersasar apabila beliau mengatakan hasil kerajaan Selangor merosot setelah dasar air percuma dilaksanakan," kata beliau sambil menambah, 

''apakah beliau tidak meneliti rekod rizab kewangan kerajaan Selangor sekarang ini berbanding rekod kewangan zaman BN'."

Katanya, "(sebelum 2008), BN tidak memberikan air percuma, tidak ada skim khairat kematian RM2,500, tidak ada hadiah RM1,000 masuk universiti, tidak ada skim anak kelahiran Selangor, tidak ada bantuan tadika, tidak ada skim taska, tidak ada pemeriksaan kesihatan percuma, tidak ada skim pembiayaan perniagaan Mimbar, tidak ada kebajikan kepada rakyat."

"Tetapi mengapa rizab Selangor sewaktu BN memerintah hanya berjumlah sekitar RM300 juta sedangkan apabila Pakatan Rakyat berikan berbagai kebajikan kepada rakyat Selangor termasuk air percuma, tiba-tiba rizab kewangan meningkat mencecah melebihi RM2 billion," kata beliau dalam satu kenyataan.

Suhaimi dipetik Bernama berkata, dasar itu menyebabkan hasil bagi kerajaan negeri terus merosot yang akan sebaliknya memberi manfaat atau berguna bagi meningkatkan kemudahan infrastruktur.

"Walaupun pemberian air percuma kelihatan baik dari segi faedah jangka pendek, tetapi dari segi jangka panjang kita tidak mendidik orang ramai untuk menghargai air," katanya.

Suhaimi, yang juga Penolong Naib Canselor bagi Pembangunan, Pengurusan Kemudahan dan ICT UiTM memberi amaran, "kita tidak mempunyai limpahan bekalan air yang tidak terhingga."

"Kita perlu sedar bahawa sumber-sumber air semakin berkurangan berikutan peningkatan permintaan yang mendadak," katanya lagi.

Sehubungan itu soal Khairuddin, apa asas Suhaimi apabila mengatakan kemudahan infrastruktur terabai.

"

Pas Selangor melihat beliau cuba mempertahankan dasar BN yang jelas gagal dalam mengurus kewangan negeri. 

Pas Selangor tekankan bahawa matlamat kerajaan adalah bukan untuk berniaga dengan rakyat.

"Tanggungjawab kerajaan memerintah adalah untuk menjaga dan memberi kebajikan kepada rakyatnya sebaik mungkin.
 
Dengan sebab itu kita percaya rakyat boleh menilai dan membezakan antara dasar Pakatan Rakyat dan dasar BN," katanya.

Sehubungan itu kata beliau, pihaknya mahu Suhaimi agar dapat mengkaji rekod yang ada, bukan membuat andaian politik semberono, sesuai dengan kedudukan beliau sebagai seorang profesor

No comments:

Post a Comment