Wednesday, August 1, 2012

Anggota keselamatan perlu bangkit tentang penindasan


(Oleh Mohd Martin Kahar)
PETALING JAYA 31 Julai: Seluruh anggota keselamatan negara diseru bangkit menentang penindasan sosial, ekonomi dan politik.
Pengerusi Majlis Rundingan Keselamatan KEADILAN, Briged Jeneral (B), Abdul Hadi Abdul Khatab berkata, mereka perlu bersama-sama dalam gelombang kebangkitan rakyat supaya tidak lagi ditindas.

“Pahlawan berperanan memacu kecemerlangan negara dengan melakukan perubahan bersama rakyat untuk berdepan penindasan sosial, kebejatan jenayah dan kesongsangan ekonomi yang menyebabkan rakyat terus terhimpit,” katanya.
Beliau berkata demikian pada sidang media di Ibu Pejabat KEADILAN di sini sempena Hari Pahlawan 2012 pada hari ini.

Abdul Hadi berkata, sifat kepahlawanan perlu dibuktikan kepada rakyat melalui ‘medan’ Pilihan Raya Umum ke 13 untuk menubuhkan sebuah kerajaan yang benar-benar prihatin kepada rakyat.
Katanya, ramai bekas anggota keselamatan kini sudah sedar dan berazam untuk mencipta lanskap perubahan politik dan ekonomi yang berpaksikan keadilan.
“Maka kesejahteraan negara yang lebih prihatin sifatnya terhadap kehidupan rakyat di negara ini hendaklah diperjuang dan disuburkan hingga ke akar umbi di setiap sanubari rakyat,” kata Abdul Hadi sambil menyeru anggota keselamatan supaya menjadi pahlawan yang bertakhta di hati rakyat.
Short URL: http://www.keadilandaily.com/?

No comments:

Post a Comment