Thursday, August 2, 2012

Astagfirullah, Azan di Masjid Tak Diperbolehkan Lagi di Israel





Departmen Wakaf Islam di Hebron mengecam tindakan otoriti penjajah Zionis Israel yang melarang kumandang azan di Masjid Ibrahimi. Israel tercatat melarang azan sebanyak 50 kali selama bulan Julai lalu.

Dalam pernyataan yang dikeluarkan pada Rabu (1/8), Departmen Wakaf Islam meminta lembaga-lembaga HAM segera turun tangan untuk menghentikan aksi-aksi penodaan agama yang dipraktikkan pemerintah penjajah Zionis Israel di masjid Ibrahimi di kota Hebron, wilayah selatan Tepi Barat.

Larangan azan ini dilakukan penjajah Zionis Israel dengan dalih mengganggu para pemukim pendatang Zionis.

Departmen Wakaf Islam menyatakan bahawa jumlah jemaah solat terus bertambah. Pihaknya mengingatkan bahawa pasukan penjajah Zionis Israel akan menutup di bulan Ramadhan sehari penuh pada hari-hari mendatang.

sumber

No comments:

Post a Comment