Monday, August 27, 2012

Ayah tembak mati anaknya kerana disangka monyet

  Foto: Orange

Foto: Orange
NEPAL - Seorang petani di Nepal menembak mati anaknya sendiri hanya kerana menyangka anaknya adalah seekor monyet yang hendak mencuri tanamannya. Kanak-kanak berusia 12 tahun itu pun mati akibat luka tembak pada bahagian kepalanya.

Chitra Bahadur Pulami mulanya hanya berusaha memanjat pohon untuk mengusir monyet yang menjadi gangguan bagi keluarganya. Tetapi ayahnya, Gupta Bahadur, justru melihat kanak-kanak tersebut tampak seperti monyet dan menembaknya.

"Sang anak bersembunyi di pohon yang berada di lahan pertanian mereka untuk mengusir monyet yang mengambil makanan mereka. Mangsa meninggal setelah Gupta Bahadur mengiranya sebagai seekor monyet dan melepaskan tembakan ke korban," ujar Deputir Kepala Polis  Distrik Arghakhanci Arun Poudel, seperti dikutip AFP,  pada (26/8/2012).

"Penyiasatan awal menunjukkan bahawa sang ayah tidak menyedari bahawa anaknya mengejar monyet yang menganggu lahan pertaniannya. Gupta dan senjata yang digunakan untuk menembak saat ini telah ditahan pihak polis ," tutur Arun.

Ayah yang baru saja kehilangan anaknya tersebut mengaku menyesal dengan kesalahannya. Dia baru menyedari bahawa yang ditembaknya adalah sang anak, setelah kanak-kanak itu jatuh dan tersangkut di batang pokok.(faj)okezone.com

No comments:

Post a Comment