Thursday, August 9, 2012

Budak dikisar

  myMetro
Baling: “Anak bongsu, Mohd Hafiz langsung tidak menangis apabila pergelangan tangan kanannya tersepit dalam mesin pengisar tebu selama 30 minit, tetapi kakaknya jatuh pengsan kerana terkejut melihat banyak darah.”
Begitu kata Siti Aishah Mohamad Sidek, 33, apabila pergelangan tangan kanan anak bongsunya, Mohd Hafiz Haikal Shaharudin, 5, tersepit dalam mesin pengisar ketika mahu membeli air tebu di tepi Jalan Sungai Limau-Parit Panjang, dekat sini, pada 31 Julai lalu.

Akibat kejadian itu, pergelangan tangan kanan mangsa hancur dan putus serta terpaksa dipotong menyebabkan mangsa menerima rawatan seminggu di Hospital Sultan Abdul Halim (HSAH) Sungai Petani, dekat sini, sebelum dibenarkan pulang, kelmarin.


Siti Aishah dari Kampung Banggol Asam Jawa, Pulai, di sini berkata, sebelum kejadian jam 4 petang itu, anak bongsunya tiba-tiba meronta-ronta dalam kereta kerana mahu minum air tebu sebelum dia berhenti di tepi jalan untuk membelinya.

“Saya tidak menyangka dia beriya-iya sangat dan meronta-ronta dalam kereta hendak minum air tebu seolah-olah menyedari kejadian malang bakal menimpa menyebabkan saya berasa terkilan dan sedih.


“Ketika tiba di gerai air tebu, saya singgah membeli seorang diri manakala Mohd Hafiz dan kakaknya (Nurul Intan Safira, 9) berada dalam kereta.


“Ketika membayar, saya tidak menyedari dia (Mohd Hafiz) turun dan pergi ke mesin pengisar tebu itu lalu memasukkan tangan kanannya ke dalam mesin berkenaan,” katanya ketika ditemui di rumahnya di sini, semalam.

Siti Aishah berkata, dia kesal ketika kejadian itu peniaga berkenaan sepatutnya menutup suis terlebih dulu, tetapi tidak berbuat demikian sebaliknya berlari pulang ke rumah untuk mengambil spanar menyebabkan mesin itu terus berfungsi menyebabkan tangan anaknya hancur teruk.

borak kosong
  

No comments:

Post a Comment