malaysiakini
Bekas
perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad bersikap "nakal" apabila
berkata, beliau tidak sama dengan DAP apabila mengisytiharkan Malaysia
sebagai negara Islam, kata Karpal Singh.
Pengerusi DAP kebangsaan itu berkata, pengisytiharan Dr Mahathir yang dibuat pada 2001 itu sebenarnya tidak terikat dengan mana-mana undang-undang pun.
Malah, kata
Karpal, ia melanggar lima pengisytiharan oleh oleh Mahkamah Persekutuan
pada 1998 bahawa Malaysia sebuah negara sekular.
"Hanya negara sekular boleh mempunyai undang-undang sekular. Tindakan Mahathir mengisytiharkan Malaysia negara Islam di depan pengisytiharan (sekular) ini, adalah nakal," kata anggota parlimen Bulit Gelogor itu.
"Dengan berkata demikian, Mahathir mengeluarkan kenyataan yang bercanggah dengan tiga perdana menteri sebelum ini yang secara terbuka menyatakan negara ini sekular," katanya. [Baca berita penuh]
Sementara itu, ketua
parlimen DAP Lim Kit Siang pula menuntut Datuk Seri Najib Razak
menjelaskan tindakannya membiarkan Utusan menjalan kempen
"haram sokong DAP" selama empat hari berturut-turut.
Pengerusi DAP kebangsaan itu berkata, pengisytiharan Dr Mahathir yang dibuat pada 2001 itu sebenarnya tidak terikat dengan mana-mana undang-undang pun.
Malah, kata
Karpal, ia melanggar lima pengisytiharan oleh oleh Mahkamah Persekutuan
pada 1998 bahawa Malaysia sebuah negara sekular."Hanya negara sekular boleh mempunyai undang-undang sekular. Tindakan Mahathir mengisytiharkan Malaysia negara Islam di depan pengisytiharan (sekular) ini, adalah nakal," kata anggota parlimen Bulit Gelogor itu.
"Dengan berkata demikian, Mahathir mengeluarkan kenyataan yang bercanggah dengan tiga perdana menteri sebelum ini yang secara terbuka menyatakan negara ini sekular," katanya. [Baca berita penuh]
Sementara itu, ketua
parlimen DAP Lim Kit Siang pula menuntut Datuk Seri Najib Razak
menjelaskan tindakannya membiarkan Utusan menjalan kempen
"haram sokong DAP" selama empat hari berturut-turut.
"Najib
wajib memberi penjelasan kepada rakyat Malaysia sama ada beliau telah
meluluskan atau mengesahkan kempen berbisa Utusan yang berbaur
hasutan dan antinasional 'haram sokong DAP'," soalnya.
Lim (kiri) juga mempersoalkan sama ada Najib berani memisahkan diri daripada kempen itu, yang didakwa memperkecil-kecilkan agama Islam dengan menjadikannya sebagai "umpan politik".

No comments:
Post a Comment