Thursday, August 2, 2012

Facebook "Kami Bersama Rafizi" Dilancarkan, Ramai Kecam Penahanan Rafizi


Sebuah laman Facebook bernama "Kami Bersama Rafizi" dilancarkan oleh para penyokong Pengarah Strategi PKR Rafizi Ramli petang tadi. Setakat ini sudah lebih 700 orang LIKE laman FB tersebut.

Rafizi yang ditahan di bawah Akta Perbankan dan Institusi Kewangan (BAFIA) 1989 didakwa di Mahkamah Sesyen Shah Alam pagi tadi. Beliau telah dibebaskan dan diikat jamin berjumlah RM15,000.

Beliau dijamin oleh Pengarah Komunikasi, Nik Nazmi Nik Ahmad. Kes ditetapkan pada 10 September nanti.

Pihak pengendali laman Facebook tersebut memberikan tiga perkara yang harus diketahui umum:

1) Cara pihak polis & Bank Negara MENYERBU rumah Rafizi pagi ini adalah tidak munasabah langsung, sedangkan suami Shahrizat pun tidak dilayan sebegitu.

2) Tuduhan terhadap Rafizi adalah untuk MENDIAMKAN beliau yang dalam proses mendedahkan penyalahgunaan kuasa PM Najib

3) "Najib, rakyat memerhatikanmu"

Sementara itu, ramai pemimpin-pemimpin termasuk tokoh agama mempersoalkan penahanan dan pendakwaan Rafizi diantaranya termasuklah Datuk Seri Anwar Ibrahim yang menyifatkan tangkapan Rafizi sebenarnya adalah untuk menututup penyelewengan Umno BN.

Presiden KEADILAN, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail turut mengecam sekeras-kerasnya penahanan Rafizi.

Presiden KITA, Datuk Zaid Ibrahim menyifatkan pendakwaan ke atas Rafizi sebagai tindakan terdesak mereka yang bakal kehilangan kuasa.

Sementara AJK PAS Pusat, Datuk Kamarudin Jaffar pula berkata, segala janji transformasi Najib adalah pembohongan apabila mendakwa Rafizi hari ini.

Bekas Mufti Perlis, Dr Mohd Asri Zainul Abidin di dalam twitternya menyebut: "Tidak pelik jika pencuri telur didakwa, cuma pelik di dalam masa yang sama pencuri ayam, kambing, kerbau dll bebas berkeliaran.


LINK FB : "Kami Bersama Rafizi"

GREENBOC

No comments:

Post a Comment