KOTA BHARU: Blogger mesra Umno, Syed Azidi Syed Abdul Aziz memohon
maaf kepada Perbadanan Kemajuan Ladang Rakyat di atas fakta-fakta yang
silap dalam bukunya "Ladang Rakyat Ladang Airmata Rakyat".
Beliau yang juga
pemilik blog Kickdefella turut bersetuju membayar sejumlah kos kepada
plaintif.
Permohonan maaf
tersebut dibuat di hadapan Hakim Datuk Ahmad Zaidi Ibrahim dalam kamar
di Mahkamah Tinggi Kota Bharu hari ini.
Ladang Rakyat
diwakili peguam Azahir Surainie dan Azizan Ariff, manakala Aisha
Mubarak mewakili defendan pertama. Pada prosiding hari ini Hafizulamin
hadir bagi pihak plaintif.
Defendan kedua kes
terbabit Wadah Bakat Sdn Bhd sebagai penerbit buku berkenaan.
Ladang Rakyat
sebelum ini menyaman Syed Azidi dan Wadah Bakat Sdn Bhd kerana
memaparkan fakta tidak tepat terhadap agensi berkenaan.
Sebelum ini isu
berkaitan Ladang Rakyat sering diketengahkan media dan blogger pro Umno
bagi menghodohkan kerajaan negeri.
Pernyataan mohon
maaf itu antara lain menyebut kami, Syed Azidi Syed Abdul Aziz dan
Wadah Bakat Sdn Bhd secara rela hati dan terbuka memohon maaf kepada
Perbadanan Ladang Rakyat di atas kesilapan fakta dalam buku "ladang
Rakyat, Ladang Airmata Rakyat".
“Kami menyedari
terdapat beberapa elemen yang tidak mempunyai fakta-fakta tepat
terhadap Ladang Rakyat dalam buku tersebut. Dan segala kehakiman di
dalam buku tersebut amatlah dikesali.
“Dengan ini kami
bersetuju menghentikan pengedaran buku berkenaan dan sesungguhnya
menyatakan maaf di atas fakta-fakta yang silap dalam buku tersebut yang
telah menjatuhkan reputasi plaintif sebagai sebuah perbadanan milik
kerajaan negeri,” katanya.
Blogger terbabit
dan Wadah Bakat Sdn Bhd juga memohon maaf kepada Ladang Rakyat di atas
segala kesulitan yang timbul akibat penulisan dan penerbitan buku
"Ladang Rakyat, Ladang Airmata Rakyat".
Peguam Hafizulamin
berkata, atas persetujuan tersebut, saman yang dikenakan terhadap
kedua-dua defendan ditarik balik.

No comments:
Post a Comment