Monday, August 20, 2012

Garpu di dalam perut selama 10 tahun


Lee Gardner menelan garpu
Garpu plastik ini telah berada dalam perut Lee Gardner selama 10 tahun

Lee Gardner, seorang lelaki berusia 40 tahun dikejarkan ke rumah sakit setelah muntah darah dan mengalami kejang  perut yang amat menyakitkan.
Namun, yang membuat para doktor di Rumah Sakit Barnsley, South Yorkshire, England, terkejut adalah ketika mereka menemukan sebilah garpu berukuran sembilan inci di perut lelaki itu, dan sudah ada disana lebih dari satu dekade.

Bahkan, yang lebih membingungkan para petugas medis adalah pengakuan Gardner yang mengatakan bahawa dirinya sama sekali lupa telah benda makan itu.

Sepuluh tahun yang lalu, doktor mengatakan kepada Gardner bahawa garpu yang ia telan akan keluar secara alami, sehingga ia menganggap bahawa garpu itu sudah menghilang dari perutnya. Namun kenyataannya garpu itu masih utuh dan berada di bahagian bawah perutnya.

“Saya mengalami muntah darah, dan ketika mereka memeriksa bahagian dalam perutku dengan kamera, doktor menanyakan bahawa apakah aku yakin tidak pernah menelan benda apapun,” tutur Gardner yang saat ini telah pulih setelah garpu itu dikeluarkan dari perutnya.

Gardner mengatakan bahawa dia tidak menelan benda apapun, namun sang doktor menjelaskan bahawa dia melihat ada sebuah benda berbentuk garpu di dalam perutnya.

Ia kemudian teringat kejadian sepuluh tahun yang lalu, dimana ia tak sengaja tertelan sebilah garpu akibat tersedak ketika sedang bermain-main dengan alat makan dari plastik itu.

Konsultan pakar bedah umum, Hanis Shiwani, memutuskan bahawa terlalu berbahaya untuk mencuba mengambil garpu tersebut tanpa operasi, dan kemudian melakukan operasi selama 45 minit untuk mengeluarkan garpu itu.
“Garpu itu mengganggu dinding usus dan menyebabkan perdarahan. Saya merasa lega saat mengetahui itu bukan kanser.”

“Secara teknik itu bukanlah operasi yang menantang, tapi menarik kerana hal ini adalah sesuatu yang belum pernah kita lakukan sebelumnya.” tutur Shiwani.
Shiwani mengatakan bahawa Gardner amat beruntung kerana garpu itu tidak merosak tenggorokannya dalam perjalanan ke dalam perut.

No comments:

Post a Comment