Rabu, 22 Ogos 2012
KELIHATAN sekumpulan wanita dipercayai gadis ‘ting-ting’ berkumpul di kaki lima kedai di Kampung Air, Kota Kinabalu
KOTA KINABALU – Bermodalkan tubuh badan mengghairahkan, seorang gadis
yang kononnya menawarkan perkhidmatan seks mampu meraih pendapatan
lumayan tanpa perlu menggadai maruah kepada lelaki berhidung belang.
Dikenali dengan gelaran ‘ting-ting’, godaan gadis jalanan itu tidak
hanya tertumpu kepada lelaki kelas bawahan, malah turut berjaya
memperbodohkan ramai kaum Adam yang bekerja sebagai ahli perniagaan dan
kakitangan kerajaan.
Modus operandi yang dilakukan cukup mudah iaitu hanya berdiri di
kaki-kaki lima premis perniagaan bermula pukul 12 malam dengan hanya
berbaju ketat dan berseluar pendek.
Tinjauan Kosmo! di kawasan popular di sekitar Kampung Air dekat sini
mendapati rata-rata gadis yang dipercayai menawarkan khidmat seks palsu
itu berusia belasan tahun serta berasal dari Filipina dan Indonesia.
Sumber memaklumkan, kepintaran gadis-gadis itu bermula pada detik
pertama bertemu pelanggannya apabila mereka sanggup menawarkan harga
serendah RM30 untuk satu perkhidmatan seks.
kosmo
Relevan Sokmo

No comments:
Post a Comment