Presiden
PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang berkata laporan Utusan Malaysia
yang "mengharamkan" orang Islam daripada mengundi DAP adalah cubaan
jahat Umno untuk terus kekal memerintah.
"Ini kerja dan cara jahat. Biar gaduh biar perang janji kita (Umno)
perintah lagi," katanya ketika mengulas berita muka depan Utusan dua hari berturut-turut berhubung perkara itu.
"Ini kerja dan cara jahat. Biar gaduh biar perang janji kita (Umno)
perintah lagi," katanya ketika mengulas berita muka depan Utusan dua hari berturut-turut berhubung perkara itu.
Menurut Hadi, akhbar itu
sengaja mengabaikan kerjasama yang terjalin di antara PAS, sebuah parti
berasaskan Islam dan DAP selama ini apabila menyiarkan berita itu.
"Ada perkara berbeza ada perkara yg sama (antara PAS dan DAP). Kita berjaya teruskan perjuangan dengan resolusi yg diterima PAS,
PKR, dan DAP.
"Tetapi media Umno sengaja ketepikan persefahaman ini dan timbulkan pergaduhan," kata Hadi sewaktu berceramah di Taman Melewar malam tadi.
Turut berucap dalam ceramah tersebut ialah Timbalan Presiden PAS Mohamad Sabu yang menyakatakan keyakinannya bahawa PAS akan memerintah Putrajaya bersama Pakatan Rakyat.
Beliau berkata demikian dengan mengaitkan
gelombang kebangkitan parti berasaskan Islam lain di Timur Tengah yang
menurutnya akan turut merebak ke seluruh dunia."Ada perkara berbeza ada perkara yg sama (antara PAS dan DAP). Kita berjaya teruskan perjuangan dengan resolusi yg diterima PAS,
PKR, dan DAP.
"Tetapi media Umno sengaja ketepikan persefahaman ini dan timbulkan pergaduhan," kata Hadi sewaktu berceramah di Taman Melewar malam tadi.
Turut berucap dalam ceramah tersebut ialah Timbalan Presiden PAS Mohamad Sabu yang menyakatakan keyakinannya bahawa PAS akan memerintah Putrajaya bersama Pakatan Rakyat.
Seperti pemerintah negara Timur Tengah lain yang ditolak rakyat, masanya juga akan tiba buat Umno yang sekian lama memisahkan agama daripada pentadbiran negara, kata Mohamad.
"Umno kuat tapi dah sampai tarikh luput.
"Akhirnya sekarang kita tidak dengar lagi orang memisahkan politik dan agama," kata Mohamad Sabu.
No comments:
Post a Comment