Mohd Sabri Said
BUTTETWORTH: Buat Kali pertama kalinya Timbalan Presiden PAS, Haji Mohamad Sabu berceramah di dalam mahkamah.
(Haji Mohamad Sabu di mahkamah semalam)
Menyaksikan
ceramah beliau ialah Hakim Mahkamah Majestrit Butterworth. Akmal
Hisham, pendakwa raya dan peguambela yang diketuai oleh Mohamed Hanipa
Maidin.
Semalam
dan hari ini merupakan sambungan pembicaraan kes Haji Mohamad Sabu yang
menafikan Mat Indera sebagai komunis sebagaimana yang lebelkan oleh
pihak polis yang bekerja di bawah kerajaan British.
Saksi
kedua iaitu Koperal Shanizam Abdul Ghani yang bertugas sebagai
jurugambar (video) di Ibupejabat Polis Daerah Seberang Perai Utara (SPU)
memberikan keterangan di mahkamah.
Pembicaraan bersambung pada sebelah petang semalam untuk menonton video ceramah Haji Mohamad hasil rakaman oleh pihak polis.
"Kini
Haji Mohamad Sabu bukan berceramah dipentas politik tetapi suaranya
sudah berkemumandang dalam mahkamah, " jelas salah seorang ahli PAS yang
hadir memberikan sokongan moral.
Sementara itu, kes ditunda lagi ke tarikh baru 15-18 Oktober 2012.
Peguamnya, Aminuddin Zulkili dan Nasar Khan hadir untuk mendengar penundaan tarikh baru itu bagi pihak Mohamad.
No comments:
Post a Comment