Shah
Alam –Ikatan Lepasan Mahasiswa Mesir ( Ilmam) cawangan Selangor
berterima kasih kepada kerajaan negeri Selangor dan Jabatan Agama Islam
(JAIS) kerana menerima baik cadangannya supaya JAIS menguruskan
pendaftaran kemasukan sesi pengajian 2012/2013 bagi pelajar persendirian
Selangor ke Universiti Al-Azhar Mesir.
Menurut kenyataan Ilmam, berita baik itu telah dimaklumkn oleh Exco Pengajian Tinggi dan Modal Insan Selangor, Dr Halimah Ali kepada Pengerusi Ilmam Selangor, Mohd Farhan Madzlan (kanan) semalam.
"Sebelum ini dilaporkan puluhan pemohon yang ingin menyambung pengajikan ke universiti tertua itu, menghadapi kesukaran untuk mendaftarkan diri apabila segala proses pendaftaran dilakukan sendiri, ditambah lagi kecelaruan maklumat dari beberapa pihak," kata kenyataan itu semalam.
Menurut Ilmam lagi, Kementerian Pengajian Tinggi ( KPT ) pula tidak menguruskan borang bagi pelajar yang tidak berjaya dalam ujian saringan sebelum ini, menambahkan lagi kesukaran mereka untuk melanjutkan pengajian ke sana.
"Ilmam Selangor berharap kepada seluruh pemohon agar menghantar borang pemohonan ke JAIS sebelum 5 September ini agar ia dapat diproses dengan segera.
"Penerbangan bagi pemohon ujian saringan ke-2 di Mesir dijangka bertolak sebelum 15 September ini. Persatuan Badan Kebajikan Anak Selangor Mesir ( BKASM ) juga bersedia menerima kedatangan mereka dan akan mengadakan kelas intensif persediaan sebelum mereka mengahadapi ujian saringan akhir September ini," jelas kenyataan itu lagi.
Menurut Ilmam Selangor, pihaknya juga akan berusaha membantu semaksima mungkin kerajaan Selangor dan agensi-agensinya seperti program dakwah dan pendidikan negeri dan lain-lain lagi yang pernah dijayakan bersama.
Selain itu juga, Ilmam Selangor akan menganjurkan majlis kesyukuran dan doa selamat untuk meraikan pelajar ke Mesir bersama ibu bapa mereka pada 7 September ini.
Mereka yang ingin mendapatkan maklumat lanjut boleh menghubungi pengerusi jawatankuasa prihatin membantu pelajar ke Mesir, Mohd Firdaus Madzlan di talian 018-4601497.

No comments:
Post a Comment