13 Ogos 2012
Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat.
KOTA BHARU - Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat meminta
mana-mana pemimpin DAP yang tidak bersetuju dengan pelaksanaan negara
Islam termasuk hukum hudud supaya tidak mengeluarkan perkataan ‘cacian’.
Nik Aziz bagaimanapun berkata, beliau boleh menerima tindakan Pengerusi DAP Karpal Singh yang menentang pelaksanaan hudud kerana ia secara tidak langsung memberi kefahaman kepada orang ramai khususnya masyarakat bukan Islam.
“Saya setuju, biar (Karpal) bising, dari bising itulah orang akan faham, tetapi jangan sampai mencaci,” katanya ketika ditemui di pejabatnya hari ini.

Beliau berkata demikian ketika ditanya kenyataan Karpal yang berterusan
mempersoalkan pemimpin Pas yang mahu melaksanakan hudud di negara ini
dengan alasan ia tidak termaktub dalam perlembagaan negara.
Nik Aziz yang juga Menteri Besar Kelantan berkata, pelaksanaan hukuman
hudud memberi kesan langsung kepada masyarakat berbanding pelaksanaan
hukuman yang dipraktikkan sekarang.
“Mengikut undang-undang sekarang, jika kes dadah, pesalah dikenakan
hukuman gantung sampai mati tetapi jika hudud mereka dikenakan potong
tangan.
“Jika gantung mereka hanya dibawa ke kubur tetapi jika potong tangan
seluruh manusia akan mengambil pengajaran dan tidak melakukan perkara
yang boleh merosakkan diri,” katanya.
Ditanya, tindakan Karpal menjejaskan Pas menjelang Pilihan Raya Umum
ke-13 (PRU13), Nik Aziz berkata, orang ramai harus memikirkan siapa yang
menolak sebenarnya menolak hukuman hudud.
“ Jika kita tidak undi DAP kerana tolak hudud, macam mana dengan Umno
yang juga menolak pelaksanaan hukuman itu,” katanya.
No comments:
Post a Comment