Harakahdaily
Salmah Mat Husain|Foto Rizal Tahir, | 31 Ogs 2012 |
KOTA BHARU: Kerajaan PAS Kelantan akan dapat
dipertahankan pada Pilihan raya Umum ke-13 berikutan prestasi meningkat
kerajaan itu sejak 22 tahun lalu.
Penasihat Darussalam, Datuk Ismail Kamus, memberitahu keadaan lebih
meyakinkan berikutan pihak lawan, Umno dan Barisan Nasional (BN) semakin
merudum sehingga gagal menawan hati rakyat.
Beliau
berkata demikian ketika diminta mengulas berhubung perkembangan itu
selepas pertemuannya dengan Menteri Besar Kelantan yang juga Mursyidul
Am PAS, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat.
Pertemuan santai itu diadakan di JKR 10 petang semalam.
“Insya Allah kita yakin rakyat Kelantan akan memilih perjuangan
Pakatan Rakyat berbanding BN di Kelantan dan akan terus mengekalkan
kedudukan kerajaan negeri yang ada hari ini,” ujarnya.
Sambungnya, pada masa yang sama pentadbiran kerajaan Pakatan Rakyat
bukan sahaja di Kelantan berada pada kedudukan yang baik, sebaliknya di
negeri lain.
Jawatankuasa Darussalam seramai 15 orang mengunjungi pimpinan
peringkat negeri untuk bertanya khabar khususnya sempena Aidilfitri ini.
“Kami rasa syukur sebab pimpinan kita alhamdulillah sihat,” ujarnya.
Pada masa yang sama, Tuan Guru menegaskan tidak ada sebab lagi rakyat
ingin menolak pentadbiran kerajaan Kelantan hari ini kerana bebas dari
gejala rasuah.
Katanya, pentadbiran yang rasuah, zalim sudah tentu ditolak rakyat.
“Jadi rakyat Kelantan yang sememangnya pandai menilai sejak sekian
lama dapat membuat pilihan yang baik dan tepat nanti,” ujarnya.
No comments:
Post a Comment