Kerajaan
Negeri telah mengagihkan 56 ribu set hamper barangan makanan kepada 56
Dun seluruh negeri Selangor untuk diagih-agihkan kepada masyarakat
miskin dan berpendapatan rendah sempena Hari Raya Aidilfitri.
Antara barangan set hamper tersebut ialah beras 5 kg, minyak masak 1
kg, gula 1 kg, mihun, paket ketupak dan minuman kordial.
EXCO Kerajaan Negeri Selangor, YB
Dr. Xavier Jayakumar telah meluangkan masa meninjau kerja-kerja
pengagihan di Stor JKR Seksyen 17, Shah Alam semalam.
Ujarnya, Kerajaan Negeri komited untuk meringan bebanan kewangan
golongan yang kurang bernasib baik bagi menyambut hari raya tidak berapa
lama lagi. Tegasnya lagi Kerajaan Negeri membelanjakan RM2.3 juta bagi
program ini bagi memastikan golongan ini juga dapat merasai dari hasil
perolehan negeri.
ABDUL RAZAK BIN ISMAIL
Pembantu Khas Kepada
YB Dr. Xavier Jayakumar
EXCO Kerajaan Negeri Selangor
Short URL: http://www.keadilandaily.co
Pembantu Khas Kepada
YB Dr. Xavier Jayakumar
EXCO Kerajaan Negeri Selangor
No comments:
Post a Comment