malaysiakini
Menteri di
Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz berkata
kerajaan tidak menghalang 'Himpunan Janji BERSIH' yang akan diadakan
pada 30 ogos ini sekiranya dibuat secara aman dan bertamadun.
Beliau berkata perhimpunan aman
dibenarkan kerana ia telah termaktub dalam Akta Perhimpunan Aman dan
penganjur perlu mengikut undang-undang yang sedia ada, lapor Bernama.

"Kita (kerajaan) tiada masalah
sekiranya mereka adakan perhimpunan aman kerana negara kita mempunyai
Akta Perhimpunan Aman.
"Apa yang penting penganjur tidak
melibatkan isu politik dalam perhimpunan itu," beliau dipetik sebagai
berkata kepada pemberita selepas menyampaikan bantuan hari raya menerusi
Program 'Ihsan Ramadan dan Aidilfitri' di Ipoh, hari ini.
Nazri berkata demikian ketika diminta
mengulas mengenai perhimpunan yang dijadual diadakan di Dataran Merdeka
pada 30 Ogos sempena sambutan Hari Kemerdekaan tahun ini.
No comments:
Post a Comment