PETALING
JAYA 2 Ogos: Ketua Umum KEADILAN, Datuk Seri Anwar Ibrahim memaklumkan,
lebih banyak berita baik akan datang dari Sabah pada pemergian beliau
ke negeri itu minggu hadapan.
“Saya akan kembali ke Sabah pada 12 Ogos, dengan kemungkinan lebih
berita baik dan kita kena bersedia,” katanya ringkas kepada pemberita
pada sidang medianya di Ibu Pejabat KEADILAN, dekat sini hari ini.
Hujung minggu lalu, Ahli Parlimen BN, Lajim Ukin (Beaufort) dan
Wilfred Bumburing (Tuaran) meletakkan jawatan dalam parti.
Lajim adalah Timbalan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Ahli
Majlis Tertinggi Umno bagi sesi 2009 hingga 2011, bekas Timbalan Ketua
Menteri Sabah, Pengerusi BN Beaufort, Ketua Umno Bahagian Beaufort dan
Ketua Umno Cawangan Kerambai Kebatu.
Wilfred pula merupakan Timbalan Presiden Upko, Timbalan Presiden
Angkatan Manah Merdeka, Pengerusi BN Tuaran dan pernah sertai parti
Pertubuhan Kebangasaan Pasok Nunukragang Bersatu (Pasok) dan Parti
Bersatu Sabah (PBS).
Kedua-dua mereka menyertai Pakatan Rakyat melalui penubuhan Angkatan
Perubahan Sabah dan Pakatan Perubahan Sabah.
Penyertaan mereka itu disaksikan Anwar pada majlis pelancaran
kedua-dua penubuhan tersebut di Sabah, masing-masing pada Sabtu dan Ahad
lalu.
Short URL:
http://www.keadilandaily.com/
No comments:
Post a Comment