sinar harian
19 Ogos 2012
19 Ogos 2012
Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim
SHAH ALAM - Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim hari
ini melancarkan sebuah bas khas yang bakal digunakan untuk membantu
pemimpin Pakatan Rakyat berkempen secara efektif pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13).
pemimpin Pakatan Rakyat berkempen secara efektif pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13).
Kos sewa bas berkenaan ditanggung sendiri oleh Abdul Khalid untuk
tempoh enam bulan dan akan bergerak ke seluruh Semenanjung Malaysia
khusus ke kawasan pedalaman bagi memperkenalkan pemimpin kepada rakyat.
"Inisiatif ini sebenarnya untuk menunjukkan bahawa pakatan pembangkang
sudah bersedia menghadapi pilihan raya yang dijangka diadakan pada
bila-bila
masa," katanya pada sidang media selepas melancarkan bas berkenaan pada majlis rumah terbuka kerajaan negeri Selangor di sini hari ini.
masa," katanya pada sidang media selepas melancarkan bas berkenaan pada majlis rumah terbuka kerajaan negeri Selangor di sini hari ini.
Beliau berkata, bas tersebut telah digunakan untuk sambutan Aidilfitri hampir seminggu sebelum digunakan untuk kempen politik.
Bas berkenaan boleh membawa sehingga 19 penumpang pada satu-satu masa
dan dilengkapi dengan pentas mini untuk kegunaan ceramah serta sistem
audio yang canggih dan lengkap.
Sementara itu, kira-kira 30,000 orang daripada pelbagai lapisan
masyarakat mengunjungi rumah terbuka itu sempena Aidilfitri anjuran
bersama Perbadanan
Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) dan Permodalan Negeri Selangor Berhad (PNSB).
Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) dan Permodalan Negeri Selangor Berhad (PNSB).
Antara mereka yang hadir pada majlis yang bermula 11 pagi hingga 3
petang itu ialah Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan barisan
anggota exco kerajaan negeri. Bernama
No comments:
Post a Comment