sinar harian
14 Ogos 2012
Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak
SHAH ALAM - Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak telah meminta
Kabinet agar membincangkan Seksyen 114A Akta Keterangan 1950, yang
diluluskan baru-baru ini, ekoran bantahan dan kritikan pelbagai pihak -
pemimpin Barisan Nasional, Pakatan Rakyat dan pertubuhan bukan kerajaan.
Menerusi mesej Twitternya malam ini, Najib berkata, sebarang tindakan kerajaan seharusnya mengutamakan kepentingan rakyat.
"Apa saja kita lakukan, kita harus mengutamakan rakyat," kata beliau yang kini berada di Makkah.
Kabinet akan mengadakan mesyuarat mingguannya esok, akan dipengerusikan oleh Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin.

No comments:
Post a Comment