Saturday, August 4, 2012

Najib ke Sabah ekoran MP BN berpaling tadah

Malaysiakini
  •   Ogos 3 2012
Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak berkata beliau sendiri akan turun 
ke Sabah ekoran pembelotan dua anggota Parlimen BN, di mana beliau 
akan mengumumkan terma rujukan untuk suruhanjaya diraja (RCI) bagi 
menyiasat isu pendatang haram negeri itu.

Beliau juga menolak anggapan bahawa lebih ramai anggota parti komponen
 BN akan berpaling tadah, antaranya daripada Upko dan Parti Liberal
Demokratik (LDP).

"Setakat ini ia hanya desas desus, tetapi apa yang lebih penting sekarang,
 kedudukan kita tidak tercancam dan kita mampu menangani cabaran ini," 
 katanya.

Bercakap dalam sidang media selepas mempengerusikan mesyuarat Majlis 
Tertinggi Umno, beliau berkata, BN akan mengambil langkah yang perlu untuk mengukuhkan Umno dan BN di negeri itu.

RCI itu diumumkan pada 1 Jun lalu tetapi belum ada sebarang perincian 
dikemukakan setakat ini.

Najib berkata beliau sudah bertemu beberapa pemimpin BN Sabah ekoran
 pembelotan sebelum ini tetapi akan sekali lagi turun pada pada Sabtu ini.

1 comment:

  1. YIP KUM FOOK (MCA GOMBAK) WAJARKAH GELARAN DATUK DIGUGUR?

    WAJARKAH GELARAN DATUK DIGUGUR?

    Justeru itu adalah amat wajar gelaran datuk yang disandang oleh Yip Kum Fook digugurkan atau patus ditarik balik. Perbuatan Yip Kum Fook (MCA Gombak) merupakan satu penghinaan keatas gelaran datuk! .

    Amat memalukan seorang yang bergelar datuk membuat kerja kotor sebegini!!. Ia satu kesalahan jenayah (sombong, tipu, fitnah dan kalau isteri orang). Mana mungkin seorang bergelar datuk terlibat dengan jenayah!! Rakyat Buddhisme supaya tidak mudah diperbodoh-bodoh dengan lakonan politik kotor dalam Kuil Buddha untuk mengaibkan individu tertentu. "Kita dijadikan 'penonton bodoh' yang seakan-akan merelakan apa sahaja watak yang mereka lakonkan".

    "Politik kita memerlukan nafas baru dan dibersihkan dari golongan yang jijik dan kotor ini! Kita perlukan politik idea, bagaimana dan cara membangunkan umat dan rakyat agar hidup berdisiplin, bermaruah dan bertamadun. "Buddhisme melarang didedahkan aib peribadi yang tidak membabitkan kezaliman terhadap orang lain seperti zina, minum arak, berjudi dan seumpamanya (Five precepts) hendaklah ditutup semampu mungkin. "Tiada keperluan menubuhkan suruhanjaya khas bagi kes-kes maksiat peribadi. Ini hanya akan membazirkan harta rakyat,"

    ReplyDelete