Friday, August 3, 2012

Nenek mengamuk kerana jiran tidak mahu menciumnya...Ada ke patut?

FLORIDA – Seorang lelaki dihujani tembakan secara membabi buta hanya kerana menolak mencium nenek berusia 92 tahun.

Helen Staudinger, terpaksa  berhadapan dengan penjara setelah dia menembak  kearah rumah tetangganya, Dwight Bettner (53).

Helen menembak rumah Bettner sebanyak empat das  dan merosak beberapa bahagian rumah Bettner bahkan hampir mencelakakan nyawa Bettner dan ayahnya.

Perbuatan  nekad dilakukan oleh nenek tua ini kerana Bettner menolak untuk mencium Helen.

“Hampir saja kepala saya kena peluru, saya tidak menduga Helen akan melakukan ini kepada saya. Beberapa ketika sebelum dia melakukan aksinya ini, saya memang menolak permintaannya untuk menciumnya, ketika itu dia memang nampak marah dan pergi begitu saja” jelas Bettner seperti dilaporkan Strait Times.

Bettner merupakan tetangga baru Helen semenjak enam bulan lalu.Helen mengaku tertarik pada Bettner dan telah memperhatikannya sejak Bettner menjadi tetangga barunya.

No comments:

Post a Comment