21 Ogos 2012
Nik Abduh Nik Abdul Aziz
KOTA BAHRU- Tindakan DAP yang berterusan
menolak pelaksanaan hukuman hudud bukanlah suatu yang di luar jangkaan
Pas, kata Timbalan Ketua Pemuda Pas, Nik Abduh Nik Abdul Aziz.
Sebaliknya beliau berkata, hubungan Pas
dengan DAP di dalam Pakatan Rakyat banyak membantu parti itu meyakinkan
masyarakat bukan Islam dengan kebenaran dan keadilan hukum Islam.
“Jika secara rasminya mereka masih
menolak, tetapi ramai di antara mereka (bukan Islam) yang mula menerima
dan tidak menentang perlaksanaannya ke atas masyarakat Islam,” katanya
ketika menulis dalam blog http://nikabduh.com.
Beliau berkata demikian sebagai mengulas
kecaman dari Pengerusi DAP, Karpal Singh yang berterusan mengkritik
tindakan Pas yang mahu melaksanakan hukum hudud.
Nik Abduh yang juga anak kepada Mursyidul
Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat berkata, penyebab utama lambatnya
penerimaan masyarakat terhadap hukum hudud adalah Umno.
“Daripada kata-kata buruk terhadap
hukum-hukum Islam oleh para pemimpinnya sehinggalah amaran bertulis oleh
Tun Dr Mahathir kepada kerajaan negeri Kelantan suatu ketika dulu,
semua itu memberi kesan negatif yang menakutkan masyarakat untuk
menerima hukum dan syariat Islam secara menyeluruh.
“Justeru hujah-hujah yang dihulurkan
kepada Karpal, itulah yang dihulurkan buat Tun Mahathir. Jika Karpal
terus menentang, apa bezanya dengan Tun? Bahkan apa bezanya dengan
Umno?
Bahkan lagi, selama mana DAP menentang hudud, udara keruh berjerebu itu akan dihirup oleh Umno,” katanya.
Justeru, katanya, Pas akan terus menyeru
kepada pelaksanaan syariat Islam yang menyeluruh dengan memberi
keadilan, kesaksamaan dan keharmonian yang diimpikan oleh rakyat seluruh
negara.
Malah katanya, sokongan kepada perlaksanaan hukum hudud dan syariat Islam semakin bertambah, malah masyarakat bukan Islam Islam semakin terbuka untuk bertanya dan berbicara mengenai Islam dan kesaksamaan.
Malah katanya, sokongan kepada perlaksanaan hukum hudud dan syariat Islam semakin bertambah, malah masyarakat bukan Islam Islam semakin terbuka untuk bertanya dan berbicara mengenai Islam dan kesaksamaan.
No comments:
Post a Comment