sinar harian
11 Ogos 2012
11 Ogos 2012
Datuk Seri Noh Omar
TANJONG KARANG - Timbalan Pengerusi Barisan Nasional (BN) Selangor
Datuk Seri Noh Omar berkata negeri ini boleh 'hancur' akibat pentadbiran
kerajaan pakatan PKR-DAP-Pas tidak tersusun dan pelbagai isu yang
timbul.
"Menteri Besar (Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim) tidak tahu apa yang
berlaku di bawah," katanya ketika ditemui selepas melawat pesakit di
Hospital Tanjong
Karang, semalam.
Karang, semalam.
Noh, yang juga Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani berkata,
selepas satu persatu transaksi pengambilan hutang Talam Corporation
dibangkitkan
Timbalan Menterinya, Datuk Chua Tee Yong, barulah kerajaan negeri bertindak melantik firma audit untuk meneliti perjalanan pengambilan hutang itu.
Timbalan Menterinya, Datuk Chua Tee Yong, barulah kerajaan negeri bertindak melantik firma audit untuk meneliti perjalanan pengambilan hutang itu.
Selain itu, beliau mendakwa audit ke atas akaun Universiti Selangor
mendapati ia mengalami kerugian sedangkan antara 2005 dan 2008, tidak
berlaku
masalah kewangan dan kontraktor masih mendapat bayaran.
masalah kewangan dan kontraktor masih mendapat bayaran.
Mungkin semasa mereka mengambil alih pentadbiran Unisel, peruntukan
yang ditinggalkan Barisan Nasional masih banyak namun kini dana
berkurangan dan wujud ketidakcekapan mereka mengurus mengakibatkan
masalah kepada Unisel, katanya.
Noh berkata, Selangor juga berlaku tidak adil kepada mereka yang ingin
menegakkan kebenaran serta keadilan apabila Pengarah Strategi PKR, Mohd
Rafizi Ramli dianggap hero dan kos guamannya ditanggung kerajaan
negeri.
Beliau turut mempersoal nasib dua pegawai Kumpulan Semesta Sdn Bhd yang
dibuang kerja oleh anak syarikat kerajaan negeri itu kerana mendedahkan
kepincangan perjalanan industri pasir di Selangor.
kepincangan perjalanan industri pasir di Selangor.
Katanya, pakatan pembangkang sanggup menggunakan wang rakyat bagi
membela pemimpin mereka seperti Mohd Rafizi, yang didakwa kerana
melanggar
undang-undang.
undang-undang.
Dalam perkembangan lain, Noh berharap pembinaan hospital baru Tanjong
Karang di tapak yang diluluskan kerajaan di Sungai Terap dapat
disegerakan memandangkan hospital sedia ada kecil. - Bernama
No comments:
Post a Comment