Amirul Azam Zulkafli
PETALING JAYA:
PAS melarang ahli Parlimen Bachok yang juga bekas Timbalan Presiden
PAS, Nasharuddin Mat Isa dan Ketua Pemudanya, Nasrudin Hassan Tantawi
daripada mengeluarkan kenyataan lebih lanjut mengenai pendirian Karpal
Singh yang menentang hukum hudud dilaksanakan jika berjaya menawan
Putrajaya.
Bagaimanapun,
Ketua Penerangan PAS Pusat, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man mempertahankan
kenyataan balas yang dikeluarkan oleh kedua-dua mereka.
Beliau memberi respon kepada kenyataan yang disifatkan beliau agak melampaui batas.
“Komen
oleh mereka berdua tidak melampau, tidak betul juga jika kita (PAS)
hanya berdiam diri tidak mengeluarkan apa-apa kenyataan seolah-olah
bersetuju dengan Karpal, ia sebagai menyatakan pendirian. Kenyataan
Karpal telah mengakibatkan Nasha dan Nasruddin menyatakan pendapat
mereka.
“Oleh
itu, adalah lebih baik untuk mereka berdua tidak menambah apa-apa lagi
kenyataan untuk mengelakkan kekeliruan dan isu ini diperbesarkan lagi,
tambahan pula Mursyidul Am (Datuk Nik Aziz Nik Mat) sendiri telah
menyatakan pendirian PAS dalam hal ini”, katanya ketika dihubungi hari
ini.
Disamping
itu, Datuk Tuan Ibrahim berpendapat, Karpal mestilah menjaga sensiviti
apabila membuat kenyataan berkenaan hukum hudud kerana isu berkaitan
agama adalah sensitif kepada umat Islam dan agama-agama lain.
Keterlaluan
Nasrudin
sebelum ini mendakwa Karpal semakin keterlaluan kerana cuba merendahkan
dan mempertikaikan keupayaan hukum hudud dalam mengatasi jenayah.
Beliau juga berkata, pendekatan Karpal yang juga Pengerusi DAP itu bakal
berhadapan dengan kemarahan umat Islam.
Nasharuddin pula menggesa PAS keluar daripada Pakatan Rakyat (PR) kerana DAP menolak hukum hudud daripada dilaksanakan.
Sementara
itu, apabila ditanya mengenai Nasharuddin yang akan dihadapkan ke
Majlis Syura kerana kenyataan yang dibuatnya, Tuan Ibrahim berkata,
bukan dibicarakan atau diadili, tetapi hanya meminta penjelasan lanjut
sahaja.
“Nasharuddin
hanya dipanggil untuk memberikan penjelasan lanjut mengenai
kenyataannya yang menggesa PAS keluar dari PR sahaja. Isu beliau
bergambar dan bertemu dengan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak di
Makkah tiada kena mengena kerana ia adalah perkara biasa untuk wakil
rakyat bertemu.
“Kemungkinan
Nasharuddin akan diminta memberika penjelasan lanjut kepada Majlis
Syura’ pada mesyurat Pusat PAS yang akan bermula pada bulan
depan”,katanya.
No comments:
Post a Comment