kerenggga
Muda Mohd. Noor
MELAKA:
PAS Melaka akan mengkaji sama ada memberi laluan kepada Datuk Tamrin
Ghafar untuk bertanding di negeri itu dalam pilihan raya umum akan
datang.
“Kita akan melihat sama ada beliau boleh memberi kesan baik kepada PAS dan Pakatan Rakyat di Melaka.
“Jika
ia memberi kesan yang baik, kita akan benarkan Tamrin bertanding atas
tiket PAS. Bagaimanapun, namanya tidak ada dalam senarai yang dihantar
kepada PAS Pusat.
“Ini
kerana beliau menyertai PAS selepas nama tersebut dihantar tetapi
namanya boleh dimasukkan kemudian,” kata Timbalan Pesuruhjaya PAS
negeri, Kamaruddin Sidek.
Tamrin
anak bekas Timbalan Perdana Menteri, Tun Abdul Ghafar Baba menyertai
PAS pada 11 Ogos lalu. Beliau pernah menjadi ahli Parlimen Batu Berendam
dari tahun 1986 hingga 1995 dan exco Pemuda Umno ketika Datuk Seri
Anwar Ibrahim menerajui pergerakan itu.
“Nama
Ghafar besar di Melaka, orang masih ingat jasa-jasa tokoh negara itu.
Jadi kalau anaknya (Tamrin) bertanding akan mendatangkan masalah kepada
BN.
“Tetapi kita masih mengkaji,” tambah beliau lagi.
Dalam perkembangan lain, Kamaruddin berkata, Pakatan Rakyat yakin akan menang 14 kerusi DUN.
Katanya,
DAP akan menang lapan kerusi, PKR (4) dan PAS (4) dari 28 kerusi. Pada
pilihan raya 2008, pembangkang cuma menang lima kerusi iaitu Kesidang,
Kota, Bandar Hilir, Bachang dan Ayer Keroh.

No comments:
Post a Comment